Ayam Chop vs Chicken Chop









Ayam Chop vs Chicken Chop. Nak dijadikan cerita baru sekejab tadi balik kerja dalam pukul 2 petang terus singgah ke Gerai Ramly berhampiran dengan rumah konon-konon mengidam nak makan chicken chop. Sampai kat kedai ramly nampak awek comel jadi cashier aku apa lagi dengan mengadanya order la makanan untuk dibawa balik.lamb chop

aku : ayam chop 1
cashier : lamb chop ?

aku : ayam chop 1 bungkus

aku pun tunggu la kat sit yang disediakan sambil main handphone then baru aku perasan yang kat resit tu tertulis lamb chop aku tengok elok ja dia panggang nak tegur takut orang lain punya tapi bila dah separuh masak tengok dia bungkus cantik sah sah dah tau memang dia tersilap.

malas nak tegur mungkin dia terkeliru sebab aku memain so biar jela lagipun dah lama tak makan lamb chop try jela makan. Alhamdulillah rasa ok memuaskan so tak rugi la walaupun silap beli.. hik hik lain kali memain lagi waktu order sampai cashier pun naik pening.

ambik makanan terus cakap kat cashier cik adik ayam tu chicken sambil senyum..

salah sendiri so jangan salahkan orang lain hihihi..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.