Motor Lawan Arus Tengah Highway MRR2





Motor Lawan Arus Tengah Highway MRR2. Lepas shopping barang dapur bersama keluarga di Carefour Wangsa Maju singgah makan KFC dahulu sebelum gerak ke Hospital Ampang untuk melihat jiran yang terlantar sakit sudah 2 minggu di hospital. Dalam perjalanan pulang untuk simpan barang..

rempit
gambar hiasan

kitaorang dikejutkan dengan pemanduan yang agak berbahaya dari seseorang yang memandu motor secara melawan arus di tengah-tengah highway MRR2 sempat adik hon dan perlahankan kenderaan nasib baik motor tersebut sempat mengelak dan beberapa kereta di belakang terpaksa brek mengejut dan memberhentikan kenderaan hanya kerana sebuah motorsikal yang melawan arus ditengah jalan.

Rupa-rupanya terdapat sebuah lagi motorsikal melawan arus tetapi berada di tepi jalan yang mengekori motorsikal tersebut. Siapakah pemandu yang berada ditepi jalan itu ? kenapa pemandu tadi melarikan diri sehingga sanggup meredah arus melarikan diri sehingga membahayakan nyawa ?

Nantikan episod akan datang di…. tak kuasa nyah nak sibuk cari pemandu tu.. harap-harap dia selamatlah meredah arus yang penuh dengan kenderaan laju tu..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.