Lokasi Restoran Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru





Lokasi Restoran Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru. Baru beroperasi Restoran Nasi Kandar Line Clear telah menunjukkan jumlah pengunjung yang ramai dengan kehadiran yang sentiasa ada pengunjung yang mengunjungi restoran ini. Terletak di Kampung Baru Restoran Nasi Kandar ini merupakan cawangan kepada restoran nasi kandar Line Clear Penang.

nasi kandar line clear

Lokasi Restoran Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru

Beralamat di Lokasi No 113, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur hanya terletak seberang jalan bersebelahan dengan Bangunan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur hanya terletak di tepi Jalan memudahkan orang ramai untuk mencari restoran Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru ini.

Rasa kuah yang saling tak tumpah seperti di Penang antara penyumbang kepada pelanggan yang sentiasa mengunjungi restoran ini. Walaupun tak se ‘kick’ line clear penang tapi still rasa nasi kandar dan kuahnya saling tak tumpah seperti di penang.

Restoran agak besar dan selesa memudahkan pengunjung untuk makan beramai-ramai bersama keluarga mereka antara penyumbang kepada kehadiran pengunjung selain makanan yang sedap, lauk yang banyak dan menarik.

Memang berbaloi untuk dicuba. Sekiranya ingin mencuba boleh ajak admin sebab office admin berhampiran ja dari sini tapi jangan ajak kosong, belanja sekali laa.. hahaha..

restoran nasi kandar kampung baru

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.