Cara Merawat Demam Denggi Melalui Minuman





Cara Merawat Demam Denggi Melalui Minuman. Apa itu Denggi? Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

nyamuk denggiCara Merawat Demam Denggi Melalui Minuman

Jenis-jenis penyakit denggi

Demam denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ‘demam patah tulang’ atau ‘breakbone fever’.

Demam denggi berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.

Cara Merawat Demam Denggi Melalui Minuman

1. Jus daun betik
2. Sup ketam
3. Jus jambu batu merah
4. Minuman isotonik 100 plus
5. Air kelapa muda
6. Air Vitagen

PENTING !! Minum banyak air sekiranya anda terkena demam denggi.

minggu lepas seminggu demam suspek denggi satu badan habis timbul bintik merah dan setiap hari selama 5 hari ulang alik hospital kuala lumpur ambik darah melihat platelet darah yang semakin menurun dan tidak stabil. Alhamdulillah selepas minum air 4,5 dan 6 seperti diatas platelet kembali keparas 190 dan bebas dari jadi suspek denggi. Walaupun masih agak pening tapi alhamdulillah demam dah tiada bintik merah pun dah hilang.

Sekiranya anda demam jangan tunggu lama untuk ke hospital untuk check darah terutamanya bagi mereka yang telah demam lebih dari 2 hari yang mana virus denggi mula aktif dalam badan sekiranya terkena denggi. Jangan tunggu lama-lama takut nanti menyesal kemudian hari.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.