Hadith Berkaitan Lailatul Qadar





Hadith Berkaitan Lailatul Qadar. Menghidupkan 10 Malam Lailatul Qadar
Daripada Aisyah RA katanya, “Kebiasaan Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam yang terakhir (malam yang kedua puluh satu hingga tiga puluh daripada bulan Ramadhan) baginda menghidupkan malam-malam tersebut , dan bersungguh dalam melakukan ibadat serta menjerut tali pinggangnya.”permandangan indah

Iktikaf pada puluhan terakhir Ramadhan
Aisyah r.a menerangkan bahawasanya Nabi SAW beriktikaf pada puluhan yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah baginda wafat.

Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.

Malam Lailatul Qadar
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.

Banyakkan Amalan Dihari Yang Kesepuluh Terakhir Ramadhan
Daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.

Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail
Dari Abu Hurairah r.a berkata: Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.