Makanan Kekal Fit di Bulan Ramadhan





kekal fit
kekal fit

Makanan Kekal Fit di Bulan Ramadhan

Bagi anda yang menjalani ibadah puasa selama sebulan, pasti berat tubuh dan tenaga akan berkurang. Untuk menjadikan anda kekal fit sepanjang berpuasa, apa kata nikmati 10 makanan paling disyorkan ini sebagai salah satu juadah bersahur atau berbuka anda.

1. Salmon
– Khasiat omega 3 yang tinggi dan berpotensi mengurangkan berat badan hampir 2kg dalam masa seminggu jika diambil secara kerap. Baik untuk tambah tenaga dan pembentukkan otot kerana kandungan protein.

2. Brokoli
– Agak susah untuk lelaki menerimanya tetapi brokoli mempunyai lebih banyak kalsium berbanding susu.

3. Bijirin Oat dan Bayam
– Oat mempunyai beta glukan yang ada serat larut membantu menyerap kalesterol dari badan semasa penghadaman. Manakala bayam tinggi kandungan serat, kalsium dan beta carotene serta bertindak sebagai agen pertahanan badan.

4. Tomato dan Daging Merah
– Tomato kaya dengan agen antioksidan. Vitamin C terbaik untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Tolak anggapan gemuk kerana daging merah, amat sesuai untuk menguruskan badan jika diambil dalam kuantiti sederhana tanpa penggunaan karbohidrat tinggi.

5. Keledek manis
– Kaya dengan beta carotena dan berkebolehan membaiki kerosakan oto jika anda bersukan atau bersenam sepanjang bulan ramadhan.

6. Air kosong
– membuang toksin daripada badan. Minum bayak air masak ketika bersahur.

7. Susu
– Sehari tanpa susu bakal membuatkan badan anda ‘marah’ kerana komponen dalam susu dapat mengecas sistem pembakaran serta memperlahankan penyimpanan lemak badan.

8. Teh hijau
– 1 hingga 3 gelas sehari bakal menghasilkan termogenesis iaitu pembentukan suhu panas tubuh hasil daripada pencernaan normal, penyerapan dan metabolisme makananan.

9. Telur
– Sumber yang baik untuk penghasilan Chiline iaitu nutrien penting membantuk kawal otak, sistem saraf dan kardiovaskular.

10. Minyak Zaiton
– Mempunyai paras asid yang rendah memudahkan penghadaman manusia serta mempunyai Vitamin E yang merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), tekanana darah dan risiko koronari jantung. Gunakan dalam masakan bergoreng.

sumber : Majalah MasKulin /Jul13

Baca Juga : 8 Tip Diet Mudah Sahur Ramadhan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.