Niat Puasa Sunat Enam 6 Syawal dan Puasa Ganti Qada





Niat Puasa Sunat Enam 6 Syawal dan Puasa Ganti / Qada’. Menurut hukum fekah menyatakan bahawa seelok-elok untuk menunaikan puasa ganti dan sunat itu dibuat secara berasingan.Perkara ini merujuk jika masa masih banyak ,contohnya puasa sunat syawal dengan puasa ganti kerana tertinggal disebabkan keuzuran, sebaik-baiknya diasingkan masanya. Iaitu didahulukan yang ganti pada hari kedua syawal disebabkan kita tertinggal puasa yang wajib kerana sakit ketika bulan puasa. Kemudian setelah selesai puasa ganti baharulah kita laksanakan puasa sunat syawal.

Niat Puasa Sunat Enam 6 Syawal dan Puasa Ganti Qada

puasa enam
puasa enam

Andaikata jika kita terlupa hendak laksanakan puasa sunat diawal syawal kemudian kita bercadang untuk laksanakan puasa tersebut diakhir bulan syawal sedangkan anda belum buat puasa ganti dan anda bercadang hendak melaksanakan puasa ganti serentak dengan puasa sunat syawal maka ketika itu diharuskan/dibolehkan.

Anda boleh gabungkan niat antara puasa ganti dan niat puasa sunat.Kedua-duanya tetap sah selagi anda tidak melanggar perkara-perkara yang membatalkan puasa.Wallahu a’lam.

Lafaz Niat Puasa Sunat 6 Syawal
“Sahaja aku berpuasa sunat Syawal esok hari kerana Allah SWT.”

Lafaz Niat Puasa Ganti / Qada’
“Nawaitu sauma ghadin Qodaan lillahit Taala”
bermaksud: “sengaja aku berniat puasa ganti kerana Allah Taala.”

Sunat Berpuasa Enam Hari Di bulan Syawal
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Puasa 6 hari dalam bulan syawal boleh dilakukan berselang seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara berturutan selepas hari raya pertama. Ini kerana melewatkannya akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadat adalah lebih afdal.

Menurut ulama terkemudian dalam Mazhab al-syafie seperti al-Khatib al-Syarbini dan Imam al-Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha’, nazar atau sebagainya (selama enam hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi pahala puasa sunat Syawal.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.