Cerita di Sebalik Pelacur dan









Cerita di Sebalik Pelacur dan. Mata yang melihat dan telinga yang mendengar belum tentu yang sebenarnya terjadi. Apa yang kita fikirkan kadang-kadang tidak sama dengan apa yang SEBENARnya BERLAKU…
tak percaya.. ? jom baca bawah ini dan nilai sndiri mungkinkah itu yang sebenarnya terjadi…
Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “eee
perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah
dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.
Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish
penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita
tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh
sahabat karibnya sendiri.
Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak
tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.
Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata
“euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan
kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan
ketampanannya akibat melecur dalam usaha
menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.
soo.. kadang2 apa yang kita lihat dan fikir tak semestinya betoi.. hidup ini tak semuanya negatif.. berfikirlah dengan positif dan salin memaafi sesama manusia..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.