Derita TomYam Campur





Derita TomYam Campur. Bukan nak kongsi Resepi Tomyam Campur tapi nak cerita pasal derita disebabkan oleh tomyam campur. Orang dulu-dulu ada berkata, makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap. Bagi aku kata-kata itu dah tak boleh pakai kerana disebabkan sebarang makanlah aku masuk wad 2 hari keracunan makanan.

Bermula khamis malam lepas aku keracunan makanan sakit perut tak terhingga selepas makan tomyam campur yang dibeli oleh ayahku di sekitar tempat kerjanya di jalan ipoh. Bukan 3 kali, bukan 5 kali tapi hampir 50 kali keluar masuk toilet dalam masa 2 hari. Bayangkan berapa banyak KILOGRAM aku dah hilang disebabkan terpaksa membuang sampai cengkung badan.

abgferoznampak tak dah kurus (tak payah pakai produk ok)

ada orang kata aku kedekut jarang makan kat luar dan ini adalah sebab kenapa aku tak suka sangat makan diluar. Bukan sebab kedekut tapi sebab kebersihan makanan yang tidak diberi perhatian oleh segelintir peniaga. Akibatnya seperti gambar diatas WARDED.

Alhamdulillah lepas beberapa kali masuk air dan makan ubat akhirnya badan dah kembali pulih sedikit demi sedikit walaupun masih terasa sakit perut.

kepada rakan-rakan sekiranya ingin atau suka makan diluar pilihlah gerai, kedai mahupun restoran yang BERSIH. Insyallah selamat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.