Kelebihan Membaca Surah al-Ikhlas





Kelebihan Membaca Surah al-Ikhlas. Daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)

Kelebihan Membaca Surah al-Ikhlas

Dan al-Bukhari juga ada meriwayatkan dalam kitab sahih sebagai taklik.

Huraian Hadith:

1. Al-Qur’an al-Karim mengandungi semua cabang Islam dan iman iaitu aqidah, syariah, dan akhlak sedangkan ilmu tauhid itu meliputi di dalam surah al-ikhlas.
2. Orang yang membaca surah al-ikhlas akan mendapat pahala yang sangat besar bersamaan dengan membaca sepuluh juzu’ daripada keseluruhan al-Qur’an.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.