Kenali 7 Dosa-Dosa Besar









Kenali 7 Dosa-Dosa Besar. Kenali atau ketahui 7 Dosa-dosa besar agar kita tidak terjerebak dalam melakukan dosa-dosa ini. Rasulullah memerintahkan agar kita menjauhi 7 perkara dosa besar yang merosakkan amal solleh yang lain

Kenali 7 Dosa-Dosa Besar

api neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات
ِ
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina”.(HR Bukhari No: 2560)

 a. Melakukan syirik kepada Allah
b. Melakukan sihir
c. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq
d. Makan riba
e. Makan harta anak yatim
f. Lari dari medan peperangan
g. Menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina

Ayuh jauhi tujuh dosa besar yang merosakkan amal kita yang lain.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.