Sinopsis Cinta Masam Manis





Sinopsis Drama Cinta Masam Manis. Menggantikan Drama Lara Terindah, Cinta Masam Manis drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh pengarah tersohor Eoon Shuhaini. Mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai tonggak utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Nur Alis Maria dan ramai lagi.

Sinopsis Cinta Masam Manis

Drama ini mengisahkan tentang seorang duda bernama Hisham (Zamarul Hisham) yang mempunyai dua orang anak perempuan, Hanna 18 tahun dan Hanis 12 tahun. Sejak ditinggalkan oleh bekas isterinya Tasha untuk mengejar kerjaya di luar negara, Hisham hanya memberi tumpuan untuk membesarkan kedua-dua orang anaknya.

Hatinya seolah tertutup untuk bercinta lagi sehingga dia bertemu seorang gadis ceria berusia 20 tahun lebih muda darinya bernama Zaleha.  Selepas berkenalan, mereka berdua saling jatuh cinta namun seolah terperangkap dalam konflik antara keluarga, anak-anak dan bekas isteri Hisham.

Perhubungan antara Hisham dan Zaleha ditentang keras oleh Hanna yang merasakan Zaleha hanya berniat untuk mengejar kekayaan ayahnya. Lagipun umur Zaleha dan Hanna tidak jauh beza membuatkan Hanna rasa tidak selesa. Berbeza pula dengan Hanis yang berasa gembira melihat ayahnya bersama Zaleha kerana dia berangapan sudah masanya untuk ayahnya bahagia.

Dalam masa yang sama Faridah, ibu Zaleha turut tidak bersetuju dengan perhubungan mereka. Dia berniat untuk menjodohkan Zaleha dengan anak kawan baiknya bernama Erman. Lebih merumitkan keadaan bila tiba-tiba Tasha pula kembali untuk menagih cinta Hisham. Merasakan bahawa Tasha adalah alasan terbaik untuk memisahkan Hisham dengan anaknya, komplot memisahkan mereka mula berjalan.

Mampukah mereka mengecapi kebahagian ?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.