Hukum Tidak Mengazankan Bayi Baru Lahir





Hukum Tidak Mengazankan Bayi Baru Lahir. Apakah hukum tidak mengazankan bayi yang baru dilahirkan pada hari pertama, sebaliknya pada hari berikutnya. ?

Hukum Tidak Mengazankan Bayi Baru Lahir

Perbuatan azan ke telinga bayi adalah perbuatan sunat. Ia memperdengarkan bayi dengan kalimat yang baik sejak kelahirannya. Sahabat Nabi Muhammad SAW pernah meriwayatkan hadis bermaksud: “Aku menyaksikan Rasulullah SAW mengumandangkan azan seperti azan untuk solat di telingan Al-Hasan bin Ali ketika dilahirkan Fathimah. “(HR Ahmad, Abu Daud, At Tirmizi dan lainnya).baby gigitJika tidak mengazankannya pada permulaan menyambut, dianggap bercanggah dengan sunnah. Mungkin sahaja ada perkara yang tidak dapat dielakkan seperti bayi tidak boleh dihampiri dan sebagaimananya. Ia bukan suatu dosa. Bagaimanapun tiada masalah jika kita senantiasa mengazan bayi. Sesungguhnya azan, zikir, syahadah, seruan solat dan kejayaan yang ada di dalam azan memberikan faedah dan hikmah yang besar, baik kepada manusia mahupun bayi, sebagaimana kita yang mendengarnya sekurang-kurangnya lima kali sehari. Wallahu’alam.

Sumber : Metro Ahad 9/10/16

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.