Cara dan Konsep Menutup Aurat Wanita dengan Betul





Cara dan Konsep Menutup Aurat Wanita dengan Betul. Menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik. Tujuan menutup aurat ialah untuk “melindungi/menutupi” kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram.

Cara dan Konsep Menutup Aurat Wanita dengan Betul

Bukan menjadikan dia lebih cantik. Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat.

kartun muslimah
Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]

Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (An-Nur: 31)

2. Tidak menutup aurat ialah berdosa dan bertabarruj juga ialah berdosa.

Orang perempuan yang tidak memakai tudung ialah berdosa, orang perempuan yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa.

Orang perempuan yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun ‘bertutup’ ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.

Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
Dalam Islam, wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik).

Contoh:

Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik perhatian, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda.

3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Kena pandai bezakan dengan belajar hukum hakam dan syariat.

Orang perempuan disebut sebagai penghuni neraka teramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu.

وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashion, trend, pujian orang, terkenal, mewah, glamour, suka shopping dan pelbagai lagi.

#BahagianDakwahJAKIM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.