Roti John Cheese Kopi Siam 129





Roti John Cheese Kopi Siam 129. Selepas seminggu sibuk overtime kerja akhirnya dapat rest cuti hari ahad dan tetiba teringat gerai makanan Roti John Cheese Kopi Siam 129 yang adik tag di facebook 2 minggu lepas. Cari punya cari di facebook akhirnya jumpa juga kedai yang di tag Kopi Siam 129.

Roti John Cheese Kopi Siam 129

lepas asar terus planning dengan abang untuk testing roti john cheese kopi siam 129 yang dikatakan sedap oleh ramai orang siap viral kat facebook. Lepas asar terlelap sekejab nasib baik abang wassap terjaga kalau tidak terlepas juga peluang nak rasa roti john cheese.

roti-john-cheeseRoti John Cheese ni memang sedap tapi lagi sedap sekiranya ada sayur2 sikit macam roti  john biasa lagi terbaik kot.. tapi selera kita semua berbeza kan.. so itu selera aku lahh.. harga dia RM12 satu.

air-mangga-susuAir mangga susu dia memang terbaik sedap tapi lagi sedap kalau air mangga dia sampai sebelum aku habis kunyah roti john cheese. Harga dia RM5.80 bekas besar.

apa-apa pun memang berbaloi jugalah dapat makan kat sini tak sesia bangun tidur hari minggu nak makan kat sini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.