Wajarkah Denda Anak Murid Di Sekolah





Wajarkah Denda Anak Murid Di Sekolah. Lagi viral kisah pelajar sekolah didenda dan ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap denda yang dikenakan terhadap anak mereka di media sosial dan rata-rata komen menyatakan sebaliknya.

Sebenarnya didikan awal bermula dari rumah dan ditambah dengan didikan disekolah. Cikgu hanyalah pendidik kedua selepas ibubapa tetapi kebanyakan kesalahan jatuh kepada cikgu ratanya kini. Cikgu dikatakan tidak mendidik anak murid dengan baik sehinggakan mereka tidak bijak, biadap dan tidak bermoral sedangkan ibubapa lah orang yang bertanggungjawab mendidik anak mereka bermula daripada rumah.

mengorat cikgu
mengorat cikgu

Tetapi bila cikgu cuba untuk mengajar dan mengambil tindakan terhadap anak murid yang melakukan kesalahan cikgu pula yang telah dipersalahkan walaupun denda tersebut sebenarnya tidak mencederakan langsung anak mereka.

anak-anak sekarang sangatlah manja sehinggakan tidak boleh dijentik langsung. Bagaimana hendak mendidik mereka sekiranya pengajaran tidak diberikan yang akan membuatkan mereka sedar bahawa perkara yang mereka lakukan itu SALAH.

orang tua dulu pernah berkata, jika sayangkan anak tangan-tangankan lah. Bukan untuk mencederakan sebaliknya untuk mendidik. Bahkan ayah dan emak aku sekalipun pernah menyuruh cikgu untuk merotan aku sekiranya melakukan kesilapan ataupun nakal selagi tidak patah liuk.

kalau setakat duduk tengah panas, jentik, tarik telinga, rotan malu nak cerita kat kawan, sebabnya kitaorang kat sekolah dulu, pumping penumbuk atas tar, pumping 50-100 kali, sebat atas perhimpunan, penampar, berdiri atas meja memang dah perkara biasa. Alhamdulillah berkat denda tersebut kawan-kawan semuanya berkejaya dan hormat orang lain bahkan ada yang telah menjadi pegawai polis.

Apa yang dirisaukan adalah bila pelajar tidak boleh ditegur pada masa akan datang mereka susah untuk terima pendapat dan teguran yang diberikan bahkan mereka cepat melenting dan melawan orang tua kerana difikirkan mereka tidak salah.

.sekadar renungan bersama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.