Borang Permohonan Online Rumah Bina Negara (RBN) RISDA





Borang Permohonan Online Rumah Bina Negara (RBN) RISDA. Dapatkan segera Borang Permohonan Online Rumah Bina Negara (RBN) RISDA Program Rumah Bina Negara atau dikenali sebagai Rumah BN merupakan program perumahan mampu milik kepada golongan belia di kawasan luar bandar khususnya generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agensi di bawah Kementerian ini seperti FELCRA Berhad dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Borang Permohonan Online Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Rumah Bina Negara diwujudkan bertujuan:
(i) Untuk memastikan golongan belia khususnya generasi kedua peserta dan generasi kedua di kampung-kampung tradisional yang tergolong di dalam kumpulan B40 mampu memiliki rumah pada harga yang berpatutan;

(ii) Sebagai dorongan untuk memastikan golongan belia meneruskan agenda pembangunan luar bandar;

(iii) Mengelakkan pengaliran tenaga kerja produktif dan kepakaran golongan belia ke bandar;

(iv) Supaya golongan generasi kedua mewarisi usaha yang telah dimajukan oleh generasi pertama dan menjadi pemimpin masa hadapan di luar bandar;

(v) Mengurangkan kadar kemiskinan dan masalah sosial di bandar kesan daripada penghijrahan belia yang berpendapatan rendah dari luar bandar ke bandar;

(vi) Meningkatkan kualiti hidup kumpulan B40 di kawasan luar bandar; dan

(vii) Memacu kepesatan pembangunan kawasan luar bandar.

Syarat dan kelayakan Memohon Rumah Bina Negara

i) Warganegara Malaysia berumur 18 – 45 tahun.

ii) Berkeluarga (telah berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan).

iii) Belum memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang usang / daif.

iv) Berpendapatan tetap atau tidak tetap (golongan B40) dengan berkelayakan untuk membuat pinjaman daripada institusi perbankan (perlu disokong dengan dokumen-dokumen berkaitan).

v) Pemohon bermastautin di kawasan yang dimohon.

vi) Pemohon untuk Rumah BN FELCRA Berhad mestilah merupakan anak peserta (generasi kedua) dari kalangan peserta yang ibu bapanya adalah peserta di penempatan FELCRA Berhad berkenaan serta berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.

vii) Pemohon untuk Rumah BN RISDA, pemohon mestilah merupakan generasi kedua pekebun kecil RISDA yang memiliki tanah bersesuaian, tiada sekatan untuk tujuan pembinaan dan bebas daripada sebarang cagaran, sekatan atau telah dikaveatkan untuk tujuan lain. Pemilik tanah tersebut juga perlu bersetuju untuk mengkaveatkan tanah tersebut.

PERMOHONAN RUMAH BINA NEGARA RISDA

1. BORANG PERMOHONAN RUMAH BINA NEGARA RISDA
2. BORANG KEBENARAN MENGGUNAKAN TANAH
3. BORANG PENGAKUAN PENDAPATAN PEMOHON
4. BORANG AKUJANJI PEMOHON

Sebarang Persoalan Boleh Rujuk FAQ RUMAH BN atau rujuk Laman Sesawang RISDA

Selain itu ada juga Permohonan Online Rumah Selangorku dan Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor RMMJ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.