BR1M Syarat Kelayakan dan Daftar Online





BR1M Syarat Kelayakan dan Daftar Online. Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M – untuk semua yang ingin memohon dan mengemaskini BR1M 2017 anda boleh berbuat demikian hari ini kerana BR1M secara rasminya telah dibuka. Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.

BR1M Syarat Kelayakan dan Daftar Online

br1m

SYARAT KELAYAKAN BR1M

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.