Cendol Abang Kacak Sado di Ipoh





Cendol Abang Kacak Sado di Ipoh. Lepas makan Nasi Ganja tak lengkap kalau tak pekena Cendol Abang Kacak Sado yang terletak di hadapan restoran nasi Ganja. Cendol Abang Kacak terkenal disebabkan oleh orang yang menjual cendol tersebut kacak selain cendolnya yang sedap dan halus.

Cendol Abang Kacak Sado di Ipoh

cendol abang kacaktengok je dah terliur cendol kacang + jagung yang menjadi pilihan aku rasanya sangat sedap dan lembut. Harga yang dikenakan berpatutan RM 4. Sangat menarik untuk dicuba selepas pekena nasi ganja terutamanya pada waktu panas.

cendol abang kacakAbang Kacak yang menjadi tarikan cendol abang kacak sehingga viral dan keluar surat khabar menyebabkan perniagaan cendol mereka laris dan sentiasa ada pelanggan yang membeli cendol walaupun hujan lebat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.