Diskaun 50% Bayaran SAMAN Trafik





Diskaun 50% Bayaran SAMAN Trafik. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah memperkenalkan konsep bayaran saman BAYAR LEWAT, BAYAR LEBIH, yang secara automatik menawarkan diskaun sebanyak 50% , bergantung kepada tempoh masa yang diambil untuk melakukan pembayaran. Semakin awal bayaran dilakukan, makan semakin kurang kadar bayaran kompaun yang dikenakan.

Diskaun 50% Bayaran SAMAN Trafik

diskaun-samanDiskaun 50% Bayaran SAMAN Trafik. Bagi kesalahan pandu laju contohnya, kadar yang ditawarkan ialah RM150 (1-30 hari) RM 200 (31-60 hari) dan RM 300 (melebihi 61 hari) walaupun pada hakikatnya jumlah kompaun maksima bagi kesalahan berkenaan adalah RM 300. JSPT menasihatkan orang ramai supaya membuat bayaran terus di kaunter bayaran trafik di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Pos Malaysia Berhad, ATM Maybank atau secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilex.com.my.

Dalam masa yang sama, JSPT menyeru orang ramai supaya tidak berurusan dengan mana-mana individu (ulat diskaun) yang mengaku boleh menguruskan pembayaran saman trafik, kononnya dengan diskaun sehingga 80 peratus, demi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

JSPT menyediakan opsyen terbaik melalui ganjaran diskaun automatik ini, dengan harapan pesalah traffik dapat membayar saman mengikut masa yang ditetapkan.

SEMAK SAMAN ONLINE

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.