Tukang Gunting Rambut Jutawan Sehari





Tukang Gunting Rambut Jutawan Sehari. Mumbai: Seorang tukang gunting rambut di Lakhimpur Kheri di Uttar Pradesh menjadi jutawan selama satu hari selepas sebuah bank tersilap mengkredit wang hampir Rp1 bilion (RM66 juta) ke dalam akaunnya.

Tukang Gunting Rambut Jutawan Sehari

jutawan sehari
kredit : hmetro.com.my

Tukang gunting yang dikenali sebagai Munna berkata, dia sedang bekerja di kedainya sebelum menerima satu mesej daripada pihak bank di telefon bimbitnya. Menurutnya, dia terkejut apabila mesej itu memaklumkan wang berjumlah Rs999,999,999 (RM65,520,330) dikreditkan ke dalam akaun miliknya.

“Saya sangat terkejut apabila menerima mesej berkenaan dan pada mulanya menyangka ia dihantar rakan saya yang mahu bergurau.

“Apabila saya menunjukkan mesej itu kepada rakan saya, dia memberitahu bahawa itu mesej yang dihantar oleh bank,” katanya.

ternyata wang tersebut telah tersilap dikreditkan kepada akaun lelaki tersebut.

Kredit : HMetro. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Jujurnya dia sanggup pergi ke bank untuk memberitahu pegawai bank tersebut. Kalaulah kita yang dapat duit sebanyak itu.. apa yang akan kita lakukan.. ?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.