Tips Didik Anak Soleh dan Solehah





Tips Didik Anak Soleh dan Solehah. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk Didik Anak Soleh dan Solehah admin hanya kongsikan 10 cara mudah agar dijadikan panduan dan rujukan untuk mendidik anak soleh solehah Insyallah.

Tips Didik Anak Soleh dan Solehah

Tips Didik Anak Soleh dan Solehah
kredit : ilhamfamilysihat.blogspot.com

1. Zikir Ya Latiff
– Baca 7 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak sewaktu dia sedang atau hendak tidur.

2. Selawat
– Banyakkan membaca selawat apabila menyediakan masakan untuk ahli keluarga.

3. Surah Al Insyirah
– Bacakan di ubun-ubun anak sewaktu anak tidur.

4. Surah Toha Ayat 1-8
– Dibacakan bila-bila masa semasa melakukan sebarang aktiviti. Bacakan juga semasa anak hendak tidur.

5. Berdoa dengan Jelas
– Berdoa setiap masa dengan jelas dan spesifik apa yang ibu/bapa mahukan. Berdoa dengan kuat agar didengari oleh anak.

6. Suasana Keislaman
– Hidupkan suasana keislaman dirumah. Pasangkan ayat Al-Quran dan zikir selalu didengari oleh anak. Lakukan solat berjemaah dan bacaan hadith sesama keluarga.

7. Ucapan yang Baik
– Gunakan perkataan yang bermaksud baik dan positif kepada anak seperti anak soleh ibu, anak yang rajin, dsb. Tidak gunakan kata yang kesat dan kotor.

8. Fokus Kebaikan Anak
– Tidak membesarkan kesalahan dan kesilapan anak serta tidak menghukum hingga menjatuhkan maruahnya. Puji usaha baik anak walaupun kecil.

9. Menghantar Gelombang Positif
– Semasa ibu hendak tidur, bayangkan anak adalah seorang anak yang baik, mendengar kata, taat dan soleh. Bayangkan anak mudah diurus dan senang bekerjasama dengan arahan.

10. Tunjukkan Contoh Yang Baik
– Anak banyak belajar melalui pemerhatian mereka. Maka tunjukkanlah contoh serta tingkahlaku yang baik dihadapan anak-anak.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.