Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016









Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016. Putrajaya, 3 Februari 2017: Majlis Pengumuman Hibah Pendeposit TH 2016 telah diadakan pada hari ini yang disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir YB. Timbalan Menteri, YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Panel Pelaburan.

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016

dividen bonus tabung hajiPada majlis berkenaan, YB. Menteri mengumumkan Hibah Pendeposit sebanyak 4.25% dan Hibah Haji sebanyak 1.50%.

Pengiraan Hibah Pendeposit Tabung Haji 2016
1. Hibah Tahunan TH (4.25%)
Kiraan : Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2016)/ 12 bulan x 4.25%

2. Hibah Haji TH (1.50% – Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji RM9,980 (Jan-Dis 2016) / 12 bulan x 1.50% )

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.