Tanda-Tanda Kita Busuk Hati





Tanda-Tanda Kita Busuk Hati. Penyakit yang paling susah diubati adalah penyakit hati, bukan sakit yang perlu ke klinik atau hospital tapi penyakit yang ada pada hati iaitu berhasad dengki dan memendam dendam. Kita tidak boleh melihat orang sekeliling kita berjaya mahupun bahagia. Itulah penyakit hati yang paling kronik.

Tanda-Tanda Kita Busuk Hati

hati hidup dan hati mati
hati hidup dan hati mati

Tanda-tanda kita busuk hati ialah tidak boleh melihat apa orang post di media sosial ada saja yang tidak kena pada mata dan hati dia tapi bila bab mengumpat, mengutuk, memerli, menghina atau mengaibkan orang serta fitnah dialah orang pertama yang paling suka.

Sekiranya kita tergolong dalam kalangan mereka-mereka ini perlulah muhasabah diri dan membersihkan hati kita agar tidak terus terjelumus dalam penyakit hati. Antara yang boleh dibuat adalah lebihkan berzikir, beribadat, bersedekah serta berfikiran positif sentiasa. Insyallah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.