Cara Permohonan Rayuan BR1M





Cara Permohonan Rayuan BR1M. Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.

Cara Permohonan Rayuan BR1M

Punca BR1M GagalTarikh rayuan BR1M 2017 adalah dari 3 April sehingga 31 Mei 2017. Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan) tuan / puan TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Tuan / puan boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan.

Antara dokumen yang diperlukan bagi rayuan BR1M seperti penyata gaji, penyata pendapatan, sijil kahwin, sijil kematian, surat pengesahan cerai, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan serta tanggungan terkini berkaitan dengan sebab tidak lulus permohonan anda.

Untuk Pertanyaan lanjut tentang dokumen yang diperlukan untuk permohonan rayuan anda boleh menghubungi

Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

eMel :
br1m@treasury.gov.my

Untuk maklumat lanjut layari : https://ebr1m.hasil.gov.my/

Download : Borang Penyerahan Dokumen Rayuan BR1M

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.