Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak





Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak. Episod hiking kali ini kami menuju ke Bukit Batu Putih Gopeng, Perak lokasi yang menjadi tumpuan warga sekeliling dan warga luar untuk melihat permandangan yang cantik dan indah selain melakukan aktiviti sihat dihujung minggu.

Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak

abgferoz bukit batu putihPerjalanan kami dari Kuala Lumpur untuk Hiking Bukit Batu Putih Gopeng Perak seramai 3 orang dan 1 orang menanti di Ipoh sebelum bertolak dalam jam 5 pagi kawan di Ipoh hantar wassap mengatakan tidak dapat join disebabkan demam. Beliau merupakan orang yang akan guide kitaorang naik.. tapi disebabkan kitaorang sudah siap dah berkumpul makan kitaorang teruskan juga perjalanan ke Gopeng, Perak untuk redah juga Bukit Batu Putih.

Perjalanan kami berehat seketika di Perhentian Tapah untuk solat subuh dan sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Batu Puting, Gopeng berpandukan waze. Sesat 2 kali bila hampir tiba di lokasi. Pertama terlajak dari pintu masuk menuju bukit batu putih yang merupakan lorong kecil menuju perkampungan. Kedua sesat apabila berpandukan waze yang mana membawa ke pedalaman bukit lokasi merentas sungai untuk ke bukit batu putih.

Terserempak penduduk setempat mereka menunjukkan jalan pintu masuk untuk mendaki bukit yang lebih mudah untuk mendaki tanpa guide (penting untuk kita bertanya). Akhirnya kitorang sampai di pintu masuk dalam jam 8.30 pagi. Parking ada 2 tempat 1 kena bayar RM 2 dan satu lagi jalan depan sikit ada parking FREE. Masuk untuk mendaki kena bayar RM 3.

bukit batu putih gopengDisebabkan kitaorang tidak pandai sangat jalan so kitaorang ambik keputusan untuk bertegur sapa dengan beberapa orang yang baru hendak mendaki dan kitaorang mengambil keputusan untuk mengikut mereka hiking bersama sambil beramah mesra.

Pendakian hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja tidak terlalu tinggi tidak terlalu rendah tapi agak meletihkan apabila mendaki sedikit menegak sokmo untuk sampai ke puncak. Beberapa kali berhenti take 2 sebelum meneruskan perjalanan mendaki.

Bukit Batu Putih Gopeng PerakSangat BERBALOI. itulah yang dapat diungkapkan apabila sampai dipuncak Bukit Batu Putih Goreng, Perak. Lebih daripada 50 gambar kitaorang sempat tangkap sepanjang berada di puncak bukit.

puncak bukit batu putih gopengPuncak semakin panas terasa macam matahari cepat naik tak habis selfie lagi rasanya. Akhirnya kitaorang buat keputusan untuk turun singgah makan Mee Kari Ami yang terletak di pintu masuk bukit bersama rakan-rakan baru dikenali hiking tadi.

Mee Kari Ami

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.