Sinopsis Novel Kimchi Untuk Awak Aiman Hakim dan Emma Maembong





Sinopsis Novel Kimchi Untuk Awak Aiman Hakim dan Emma Maembong. Full Episod Nantikan FILEM adaptasi novel Kimchi Untuk Awak hasil daripada Karya Suri Ryana AKAN DATANG di PAWAGAM pada 30 Mac 2017 ini. Lakonan Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Janna Nick & ramai lagi.

Sinopsis Novel Kimchi Untuk Awak Aiman Hakim dan Emma Maembong

kimchi untuk awakMati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

“Jang-nim!” – Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” – Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee.

Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin
menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

kimchi untuk awakAkibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan.

Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka.

Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.