Kerja Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang





Kerja Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Pusat kutipan Zakat Pahang.

Kerja Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang

kerja kosong pusat kutipan zakat pahang1. PEGAWAI SUMBER MANUSIA ( TETAP )

Syarat Kelayakan
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii. Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iii. Minimum 3 tahun pengalaman dalam jawatan yang sama, keutamaan adalah

kepada calon lelaki;
iv. Komited, berkeyakinan tinggi dan bertanggung jawab di dalam menjalankan tugas;

v. Mempunyai kemahiran interpesonal dan dapat berkomunikasi dengan baik dengan pihak pengurusan dan pihak luar;

vi. Boleh bekerja secara berdikari di bawah penyeliaan yang minima.

2. PENOLONG PEGAWAI DAKWAH ( TETAP – WANITA )

Syarat Kelayakan
i. Memiliki Diploma Pengajian Islam daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii. Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iii. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi.

3. PEMBANTU TADBIR ( TETAP – LELAKI )

Syarat Kelayakan
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-

a. Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
b. Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
c. Lulus Matematik atau Akaun.

ii. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.

Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan PKZ Pahang.

Cara Memohon
i. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my

ii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan resume, sekeping gambar ukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, sijil lahir pemohon, ibu dan bapa, sijil-sijil kelayakan akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang diakui sah kepada alamat berikut :

Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan

iii. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat.

Perhatian
(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temuduga ;
(ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh

iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 28 April 2017.

Layari laman web www.zakatpahang.my Muat turun Borang Permohonan DI SINI

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.