Sinopsis I Can Hear Your Voice





Sinopsis I Can Hear Your Voice. Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Kim So Hyun, Lee bo Young dan Yoon Sang Hyun membuatkan drama I Can Hear Your Voice terus menjadi pilihan peminat untuk menonton drama korea ini.

Sinopsis I Can Hear Your Voice

i can hear your voiceSelepas melalui zaman kemiskinan pada usia kanak-kanak, Jang Hye Sung berusaha bersungguh-sungguh sehingga menjadi peguam.

Dia yang ditugaskan membantu masyarakat sentiasa berfikir secara realistik walaupun kadangkala membosankan. Kehidupannya mula berubah apabila bertemu park soo ha yang mampu mendengar isi hati orang lain.

Soo Ha menyedari kelebihan dirinya itu selepas melihat bapanya dibunuh 10 tahun lalu. Walaupun dibunuh, bapanya diisytiharkan meninggal dunia kerana nahas jalan raya.

Selain Soo Ha, Hye Sung turut bertemu dengan pegawai polis yang kini bertugas sebagai peguam, Cha Gwang Woo. Diluar pengetahun Hye Sung, Soo Ha sudah lama mencari dan menyimpan perasaan terhadapnya.

Apabila takdir menemukan mereka, Soo Ha nekad melindungi wanita idamannya itu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.