Cendol dan Rojak di Wahabs Cendol Wangsa Maju KL









Cendol dan Rojak di Wahabs Cendol Wangsa Maju KL. Lagi episod mencari Cendol Durian kali ini mencari di kedai Warisan Kak Aini yang terletak di Wangsa Maju 2 kali pergi masih tak dapat merasa cendol durian. Kali pertama pergi dah habis kali kedua pergi tutup.

Cendol dan Rojak di Wahabs Cendol Wangsa Maju KL

cendol aiskrimMisi mencari durian cendol masih tidak sampai ke penghujung ambil keputusan untuk google cendol durian KL dan terbaca komen member tentang cendol di Wahab’s Cendol 5 minit dari Warisan Kak Aini. Rasanya hari ini dapat juga aku merasa cendol durian.

terus google maps lokasi cendol wahabs 5 minit dari lokasi ahh seronoknya hati akhirnya dapat juga lepaskan gian pekena cendol durian. Sampai di lokasi nampak kedai buka makin seronok dah nampak rezeki bila sampai kedai terus tengok menu ah nampak pun cendol durian.

Panggil pekerja nak order bila sebut cendol durian terus dia tunjuk menu (ikut musim) katanya durian takda sekarang belum musim dan harga tengah mahal. Rasa nak marah pun ada tapi nak buat macam mana bukan salah dia. Cuma takda rezeki aku nak makan cendol durian.

Walaupun berat hati nak order tapi disebabkan dah sampai order jugalah cendol aiskrim dan rojak sotong. Alhamdulillah rasa cendol aiskrim dia tidak mengecewakan dengan lemak dia memang sedap lagi lagi cendol dia kurang manis tak macam sesetengah kedai yang terlalu manis.

rojak sedapRojak sotong dia memang sedap kuah dia memang tip top lagi lagi sotong dia yang lembut memang recomended untuk dicuba kalau singgah atau lalu di Wangsa Maju.

Harga
Cendol Aiskrim : RM 6
Rojak Sotong : RM 8.50

Lokasi : No. 43 Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 KL.
Tel : 016 252 8005

admin kasi 4 ☆✯☆✯

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.