Cendol Durian Runtuh Kg Baru KL





Cendol Durian Runtuh Kg Baru KL. Terletak di lorong raja bot Kampung Baru KL, Cendol Durian Runtuh semakin dikenali selepas viral di facebook dengan rasa dan harganya yang murah berbanding dengan lokasi lain. Terletak berhampiran kedai sayur dan buah chowkit memudahkan orang untuk mencarinya.

Cendol Durian Runtuh Kg Baru KLcendol durian runtuh

dah beberapa hari mencari cendol durian sampai ke wangsa maju tapi masih tak jumpa cendol durian akhirnya kawan tag di facebook ada cendol durian berhampiran tempat kerja iaitu di lorong raja bot kg baru.

Terasa macam nak pergi sekarang ja tapi apakan daya waktu berbuka lama lagi.

Nasib menyebelahi waktu tu shift kerja malam so sebelum pergi ke tempat kerja boleh singgah sebentar untuk cari cendol durian. Ternyata bila sampai di lokasi dah ramai orang beratur untuk mendapatkan cendol durian. Tempat duduk dah penuh orang menunggu cendol durian mereka.

Aku ingatkan aku paling awai ternyata ramai lagi yang awal untuk mendapatkan cendol durian terdekat area KL yang murah dan sedap.

Harga : RM 15
LOKASI : LORONG RAJA BOT, KAMPUNG BARU, KL
Waktu Operasi : 5.30 pm – 4 am.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.