Hadiah Sempena Hari Ibu





Hadiah Sempena Hari Ibu. Sempena Hari Ibu Semalam 14 Mei 2017 dan yang juga jatuh pada hari ahad aku dan adik aku telah pelan mengejut untuk beli kek dan dominos untuk menyambut hari ibu.

Hadiah Sempena Hari Ibu

sempena hari ibuWalaupun kita tahu hari ibu bukanlah sepatutnya di sambut sehari sahaja setahun tapi sebagai penghargaan dan terima kasih itulah yang kami sambut pada hari 14 mei. Sekiranya nak sambut hari-hari aku rasa tokey balak pun belum tentu kaya hihihi.

Takdalah semewah dan semahal mana sambutan kitaorang cukup dengan kek secret recipe dan dominos sebagai terima kasih kepada emak yang selalu ada dengan kitaorang dan mendoakan kitaorang agar berjaya dunia akhirat.

Emak seperti dah tau-tau katanya naluri emak bila anak dia keluar dan tetiba dia rasa macam nak makan kek dan akhirnya dapat juga dia merasa kek. Minggu lepas katanya nak beli kek sepotong bila lalu depan kedai tapi tak sangka dapat juga dia makan kek hari ibu hihihih..

TERIMA KASIH EMAK

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.