250 Kerja Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 2017





250 Kerja Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 2017. Terdapat 744 kekosongan jawatan termasuk Jawatan Imigresen KP19, Pegawai Bomba KB19, Pegawai Penjara KA19, Pembantu Operasi N11 dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah H11 yang perlu dipenuhi dan dipohon secara online.

250 Kerja Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 2017kerja kosong imigresen

Semua permohonan jawatan perlulah diisi secara online di www.spa.gov.my sebelum 2 julai 2017 (11.59 malam).

Terdapat 744 kekosongan jawatan

Jawatan Imigresen KP19 – 250 Kekosongan
Pegawai Bomba KB19 – 276 Kekosongan
Pegawai Penjara KA19 – 157 Kekosongan
Pembantu Operasi N11 – 56 Kekosongan
Pemandu/Operator Jentera Pemunggah H11 – 5 kekosongan

Bagi yang telah memohon jawatan tersebut anda tidak perlu memohon semula sebaliknya sekiranya sudah lebih 1 tahun tidak update anda perlulah mengemaskini permohonan anda agar tidak terlepas permohonan jawatan kosong ini.

Semoga ada rezeki anda selepas aidilfitri ini insyallah..

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.