Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017









Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017. Menjelang hari raya aidilfitri beberapa hari lagi saya selitkan sedikit ucapan dan pantun hari raya aidilfitri 2017 untuk perkongsian bersama agar aidilfitri kita ceria dengan pantun pantun yang menghiburkan semua pembaca.

Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017

kad selamat hari raya aidilfitri

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Cicak meninggal tetelan kurma,
Tidak bernyawa terbeliak mata,
ahad depan raya posa akan menjelma,
Tangan ku hulur maaf ku pinta.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
suapaya selamat pulang beraya.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

10 jari jemari menyusun kata,
mohon ampun di pinta,
buat sahabat semua,

🎊🎉Selamat Hari Raya Aidilfitri🎉🎊 Ampun dan Maaf dipinta segala salah dan silap mohon dimaafi agak diberkati segala amalan yang telah dijalani sepanjang ramadhan..

Lagi Pantun Hari Raya dan Kad Hari Raya & Kad Raya 2

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.