5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama





5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama. Setiap daripada kita pasti pernah bercinta dan putus cinta. Setiap Percintaan itu pasti menyimpan seribu kenangan tak kiralah kenangan manis mahupun pahit yang membuatkan kita seringkali teringat akan kekasih lama kita sekiranya telah putus.

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

awekPertemuan dan Perpisahan itu merupakan pengalaman hidup yang harus ditempuhi oleh setiap yang bercinta. Setiap daripada kita telah ditetapkan perjalanan hidup kita oleh yang MAHA ESA. Walaupun kita berusaha mencari mencintai seseorang akan tetapi sekiranya tiada jodoh dan bukannya jodoh kita maka perpisahan itu akan datang lambat mahupun cepat.

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama
1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas kekasihnya. Ini bermakna dia
sebenarnya tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, sebab itulah dia sering mengatakan
kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Simpan gambarnya. Walaupun si dia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah
sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan antara mereka
berdua akan tetap dalam ingatan.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup
mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih
lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas kekasihnya.

4. Berpura-pura gembira, salah satu cara untuk melupakan bekas kekasihnya. Dia bersikap
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya
berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna
dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah-bahagi dan untuk
menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

Cara Untuk Bantu Pasangan Melupakan Bekas Kekasih
1. Daripada terus bergaduh dan mencari salah apa kata anda cuba cipta kenangan anda dengan pasangan anda agar dia melupakan kenangan lama dia bersama bekas kekasih.

2. Berdoa dan terus berdoa agar dibukakan pintu hatinya untuk terima anda seadanya.

3. Kurangkan bergaduh dan lebihkan beralah untuk masalah-masalah kecil tunjukkan anda lebih baik daripada bekas kekasih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.