Video Cara Mudah Anyam Buat Ketupat





Video Cara Mudah Anyam Buat Ketupat. Musim Hari Raya ni pasti ramai yang ingin tahu cara mudah anyam atau buat ketupat dengan betul. Ada banyak jenis ketupat yang ada dan banyak cara untuk menganyam ketupat tapi disini saya kongsikan satu cara mudah untuk anyam ketupat.

Video Cara Mudah Anyam Buat Ketupat

cara anyam ketupatIni adalah contoh cara anyam atau buat ketupat dengan cara mudah dan cepat. Nampak senang dan menarik untuk dihidangkan sewaktu hari raya. Ketupat merupakan antara menu wajib selain lemang setiap kali tiba hari raya. Kini terdapat cara lebih mudah yang digunakan iaitu nasi impit.

Nasi impit lebih mudah disediakan kerana anda boleh beli yang siap sedia dalam plastik hanya perlu rebus dan siap untuk dihidangkan. Ramai yang memilih untuk membuat nasi impit akan tetapi orang ramai lebih gemar untuk memakan ketupat berbanding nasi impit sewaktu hari raya.

Semoga dengan adanya cara menyediakan sarung ketupat ini sedikit sebanyak membantu anda untuk rajin meneruskan tradisi menyediakan ketupat sewaktu hari raya. SEBABNYA saya juga penggemar ketupat berbanding nasi impit berbalut plastik hihihi.

terima kasih kepada pengguna facebook haslina harun kerana menyediakan video cara menghasilkan sarung ketupat ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga aidilfitri ini dapat kita bermaafan dan melupakan sengketa lama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.