Daftar Online Skim Khas RTB Terengganu Tapak Rumah





Daftar Online Skim Khas RTB Terengganu Tapak Rumah. Bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menawarkan Skim Khas RTB dalam Rancangan Tanah Berkelompok (Kategori Tapak Rumah) tahun 2017 kepada rakyat Negeri Terengganu. Tempoh permohonan dibuka adalah bermula 02 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017.

Daftar Online Skim Khas RTB Terengganu Tapak Rumah

Skim Khas RTB Terengganu

Syarat-syarat permohonan SKIM KHAS RTB adalah seperti berikut:

1. Rakyat Negeri Terengganu
2. Berumur 21 tahun dan ke atas
3. Berkahwin
4. Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
5. Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
6. Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
7. Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
8. Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
9. Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
10. Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal

  • Permohonan yang layak akan dipanggil temuduga oleh pejabat tanah yang berkenaan.
  • Permohonan hanya dibuka melalui online sahaja menerusi laman sesawang https://tanahrtb.terengganu.gov.my dan boleh diakses melalui smartphone juga.
  • Permohonan ini akan diiklankan melalui laman web rasmi Pentadbiran Tanah Terengganu http://pttrg.terengganu.gov.my
  • Permohonan dibuka pada 2 ogos 2017 sehingga 31 ogos 2017 jam 12.00 mlm

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.