Ibu Berpendapatan Rendah di Selangor Dapat RM200 Sebulan





Ibu Berpendapatan Rendah di Selangor Dapat RM200 Sebulan. Berita baik bagi warga ibu di selangor yang bakal mendapat bantuan KISS Kasih Ibu SMART Selangor RM200 sebulan atau RM 2400 setahun yang akan diberikan oleh kerajaan negeri Selangor pada masa hadapan yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali.

Ibu Berpendapatan Rendah di Selangor Dapat RM200 Sebulan

KISS Kasih Ibu SMART SelangorPengorbanan kaum Ibu sangat besar terhadap pembangunan Negeri Selangor. Tanpa Ibu mana mungkin Selangor berada pada tahap seperti hari ini. Namun, situasi ekonomi masa kini membuatkan kaum Ibu semakin terhimpit dan terdesak.

Kerajaan Negeri Selangor cuba membantu dengan memperkenalkan KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor dalam Belanjawan 2018. RM2,400 setahun atau RM200 sebulan bagi kaum Ibu daripada isi rumah berpendapatan rendah. Itu pun Kerajaan Negeri masih rasa ia hanya sekelumit daripada nilai pengorbanan kaum Ibu.

Saya berharap usaha kecil ini mampu bantu kaum Ibu di Negeri Selangor. – Azmin Ali

maklumat lanjut dan cara mendaftar akan diumumkan kelak.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.