SEDAP Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan Melaka





SEDAP Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan Melaka. Lokasi terakhir di Melaka dan satu-satunya makanan yang aku rasa perlu dikongsikan Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil di Kampung Limbongan, Melaka yang pernah viral satu ketika dulu di facebook terletak berhampiran dengan pantai klebang.

SEDAP Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan Melaka

kuih keria antarabangsa hj jalil limbonganhabis coconut shake di pantai klebang kitaorang plan untuk terus pulang ke kuala lumpur tapi abang ajak singgah di kampung limbongan untuk pekena kuih keria yang pernah viral dahulu. Disebabkan dia cakap pernah viral dan sedap so kitaorang pun decide untuk pergi singgah sebentar.

Sekiranya korang search di google kuih keria antarabangsa pasti korang akan jumpa beberapa kedai tapi nasib baik abang pernah beli so dia cakap yang haji jalil punya antara yang paling sedap untuk dimakan. Bila sampai dikedai tengok orang dah ramai beratur panjang jawabnya memang kena tunggu lama laa.

Disebabkan abang pernah makan di sini so dia tau cara untuk dapatkan kuih keria melaka ini dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Makanya tak sampai 10 minit kitaorang dapat beli kuih keria ini dan gerak pulang ke kuala lumpur.

Ternyata kuih keria ni sangat lembut dan sedap, manis tu dah pasti sebab salut dengan gula melaka. Makan panas-panas memang sedap tapi sekiranya beli panas-panas jangan ditutup atau diikat plastiknya takut nanti berwap dan basah nanti kembang tak sedap. Biarkan sahaja terbuka dan rasanya akan kekal sedap walaupun tak panas.

Sampai Kuala lumpur kuih keria dah sejuk nak sedap balik kitaorang panaskan balik sedikit dan ternyata rasanya masih lagi sedap dan bila dah kenyang dan letih mata mula la syaitan bergayut. Sampai disini sahaja travel kitaorang ke Melaka dua keluarga. Ada beberapa lokasi dan makanan yang pernah viral kitaorang singgah tapi tak menarik dan sedap makanya tidak dikongsikan kepada ramai.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.