Kerja Kosong Pegawai Kebudayaan Gred B29









Kerja Kosong Pegawai Kebudayaan Gred B29 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. DESKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

Kerja Kosong Pegawai Kebudayaan Gred B29

Kementerian-Pelancongan-Kebudayaan-MalaysiaBagi yang ingin memohon jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B29 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia perlulah membuat permohonan secara online sebelum 28 Januari 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
+ Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.
+ Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.
+ Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
+ Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
+ Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
+ Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.

Gaji Minimum
RM1,499.00

Gaji Maksimum
RM5,679.00

Kadar Kenaikan Tahunan
RM145.00

Permohonan boleh di buat di Portal SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.