Guide Mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilan





Guide Mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilan. Aktiviti mendaki diteruskan setelah 2 bulan berehat akibat daripada musim hujan tanpa henti. Gunung Angsi yang terletak di negeri sembilan merupakan gunung pertama ditawan pada tahun 2018. Selepas beberapa kali tunda akhirnya pendakian berjaya ditawan.

Guide Mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilangunung angsi

Plan pertama untuk mendaki gunung nuang tidak berhasil disebabkan hujan lebat tanpa henti dan gunung nuang ditutup sementara waktu disebabkan oleh tanah runtuh dan ada yang terjatuh.

Pelan bertukar untuk mendaki bukit saga tapi sekali lagi terpaksa dibatalkan akibat tanah runtuh. Akhirnya pelan ketiga mendaki gunung angsi alhamdulillah musim hujan dah berhenti pelan diteruskan.

abgferoz gunung angsiBalik kerja malam terus balik rumah packing kawan dah tunggu. Mandi siap packing kasi segar badan sikit terus naik kereta member gerak ke sungai besi ambil member untuk terus ke gunung angsi.

Tengah jalan tunggu member lain pula sebelum meneruskan perjalanan ke negeri sembilan. 2 buah kereta dengan seramai 6 orang berjaya dikutip mendaki gunung angsi dalam jam 9 pagi. Sampai puncak dalam jam 11 pagi dengan 2 jam mendaki (sibuk berborak dengan mengayat waktu hiking tu pasal lambat..)

atas gunung angsiPercaya tak kawan yang bulat tu (Fitri) kitaorang punya guide hiking. Dia yang akan naik dulu sebelum ajak kitaorang hiking so kerja kitaorang mudah ja ikut ja dia.

Turun dari pendakian jam 1.00 petang rehat sebentar sebelum singgah solat dan terus cari kedai makan untuk menggantikan lemak yang telah hilang sewaktu pendakian.

Untuk yang nak mendaki gunung angsi saya nasihatkan banyakkan joging atau berjalan sebelum cuba untuk mendaki disebabkan kebanyakan trak dia mendaki, mendaki dan mendaki.. bagi yang tak biasa better buat persediaan agar tidak ketinggalan dibelakang. Bagi yang dah biasa rasanya trak dia menarik untuk dicuba.

gunung angsisalah satu daripada 10 kali pendakian tanpa henti daki daki daki sampai senget pinggang sebelum sempat berhenti di bus stop suku hiking untuk repair sebentar pinggang yang senget.

Untuk hilangkan stress korang baca panjang-panjang saya belanja satu gambar comel waktu diatas puncak gunung angsi negeri sembilan.

abgferoznampak comel tak.. ? hahahaha

 

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.