JANGAN Kumur Selepas Gosok Gigi





JANGAN Kumur Selepas Gosok Gigi. Sehingga hari ini, sama ada KKM atau mana-mana negara tidak ada kempen jangan berkumur selepas gosok gigi. Ia juga bukan garis panduan terbaru atau arahan mana-mana pihak.

JANGAN Kumur Selepas Gosok Gigi

gigi manusia

Sebaliknya, ia adalah galakan daripada badan-badan persatuan doktor gigi dunia seperti American Dental Association dan British Dental Association termasuk di Malaysia untuk tidak berkumur selepas menggosok gigi. Ini kerana untuk memberikan kesan penyerapan flourida yang lebih baik pada gigi kita.

Kalau tak kumur, macam mana nak buang sisa gosok gigi? Sebab itulah meludah. Tak ada orang suruh telan. Kalau anda tengok orang putih pun, mereka memang tak berkumur selepas gosok gigi. Cukup dengan mengelap mulut mereka sahaja.

Kalau tak kumur, nanti tertelan? Seban itulah guna ubat gigi ni sikit sahaja. CUMA SEBESAR KACANG PEA. Memang kecik sahaja. Tak perlu gosok sampai berbuih-buih dan tumpah meleleh ke luar mulut.

Kita tak pernah wajibkan pun. Kita galakkan. Tak buat tak apa. Yang penting gosok gigi tu kena betul. Semua permukaan kena gosok. Bukan gosok gigi depan sahaja.

kredit : Iqbal Rosali

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.