Restoran Kamiria Seafood & Tomyam Taiping Perak









Restoran Kamiria Seafood & Tomyam Taiping Perak. Balik Perak selalunya buntu nak cari restoran sedap-sedap nak singgah makan. Selalunya singgah kedai viral bila sampai kedai selalunya penuh orang tapi bila makan ja makanan tak sedap seperti yang digambarkan.

Restoran Kamiria Seafood & Tomyam Taiping Perak

Restoran Kamiria Seafood & Tomyam Taiping PerakLepas singgah rumah sedara kat taiping waktu maghrib tetiba rasa lapar dan sedara suggest untuk singgah makan di kedai masakan siam. Mula-mula rasa macam tak minat tapi bila sedara cakap sedap ramai orang dan dia pernah makan terus berminat nak pergi.

Bila dah singgah sekali terasa nak singgah berkali-kali terutamanya bila makan makanan kegemaran sotong goreng tepung dia menggunakan tepung lain daripada lain. Makan sekali nak lagi.

restoran kamiria seafoodTengok pakat licin bedal siakap 3 rasa, khailan ikan masin, sotong dan udang goreng tepung dengan tom yam.

kali kedua repeat makan kat sini bedal nasi goreng kampung dengan sotong goreng tepung dan yang paling menariknya kali ni ditambah pula dengan laicikang. Sampai terbongkang lepas habis makan.

laicikangLokasi Restoran :

Restoran Kamiria Seafood & Tomyam Taiping Perak
No.419 jalan
Tamam Kami Taiping, Perak

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.