415 Kerja Kosong Imigresen Malaysia 2018





415 Kerja Kosong Imigresen Malaysia 2018. Terkini sebanyak 415 Kerja Kosong yang ditawarkan Jabatan Imigresen Malaysia bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19. Tarikh TUTUP permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 25 Mac 2018 (ahad) jam 11.59 malam.

415 Kerja Kosong Imigresen Malaysia 2018

kerja kosong imigresen 2018Deskripsi Tugas Imigresen : Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

2. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Gaji Minimum RM 1,360 + Elaun sehingga RM 4,052.00 (Maksimum)

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan : Pegawai Imigresen Gred KP19 (Jabatan Imigresen Malaysia)
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut : http://www.spa.gov.my/…/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/4540

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.