Lokasi Ais Kepal Milo Viral KL





Lokasi Ais Kepal Milo Viral KL. Dah lama teringin sangat nak rasa ais kepal milo yang viral di facebook tapi belum kesempatan atau dengan kata lain malas nak cari sebab sibuk dengan kerja. Kebanyakkan lokasi yang dikongsikan jauh dari rumah.

Lokasi Ais Kepal Milo Viral KL

Ais Kepal Milo ViralSemalam singgah di bank islam berhampiran dengan tesco ampang perasan satu gerai kecil ada ramai orang beratur bila tengok pada banner baru perasan ada orang jual ais kepal milo. Selesai urusan terus patah balik tempat tersebut untuk rasa ais kepal milo yang viral diperkatakan itu.

Sampai gerai kecil ais kepal tengok menu macam-macam juga ada tapi dia kata yang ada ais kepal milo je sebab lain tak sempat nak buat. So try jela ais kepal milo special bekas kecil RM5 sekiranya bekas besar RM8.

Nak try punya pasal try bekas kecil besar-besar nanti tak kena dengan selera bazir pula. Balik rumah terus buka cuba ok juga rasa dia lagi lagi dia letak topping. Kalau kosong je rasa dia macam air milo juga.. tapi bila dah topping menarik juga.

Lokasi : Berhampiran kedai tayar sekitar Tesco Ampang (sebaris bank islam tapi hujung sebelah berlawanan bank islam)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.