Hiking Denai Tiga Puteri Kota Damansara Community Forest





Hiking Denai Tiga Puteri Kota Damansara Community Forest. Denai 3 Puteri atau Kota Damansara Community Forest antara yang menjadi tarikan bila tiba hujung minggu untuk beriadah mendaki @ hiking bersama keluarga dan rakan-rakan mengisi masa dengan aktiviti mencabar.

Hiking Denai Tiga Puteri Kota Damansara Community Forest

denai 3 puteriperjalanan daripada bandaraya kuala lumpur ke damansara lokasi denai tiga puteri mengambil masa dalam 35-45 minit perjalanan menaiki kereta. Sekarang tak perlu susah2 untuk mencari lokasi anda cuma perlu google maps atau waze nama tempat ikut sahaja laluan yang ditunjukkan.

sampai lokasi dalam jam 8 pagi parking agak jauh sedikit dalam 100-150 meter dari lokasi tapak mendaki disebabkan ramai dah sampai awai maka terpaksa parking jauh sedikit dari lokasi hiking. Sampai di tapak mendaki tulis nama di lokasi yang disediakan.

denai tiga puteriSepanjang perjalanan kitaorang jumpa orang walaupun taktau jalan arah tujuan tapi hasil bertanya sepanjang jalan kitaorang tiba di puncak dalam 1.30-2 jam masa yang diambil untuk sampai ke puncak. Sepanjang jalan sempat berborak dengan orang yang sama-sama mendaki.

Perjalanan mendaki di Denai 3 puteri ini agak santai hanya ada beberapa port sahaja yang perlu pendakian selebihnya lebih kepada santai dan enjoy. Sekiranya hujan pendakian agak licin pastikan korang pakai kasut yang sesuai.

lecak hujanpuncak denai 3 puteriBila dah sampai puncak pastikan berhati-hati dengan lereng apabila mengambil gambar jangan terlalu leka dan mengikut orang bergambar di hujung batu. Malang tidak berbau. Pastikan safety first dan enjoy view atas puncak.

puncak denai tiga puteripermandangan dari puncak denai 3 puteri permandangan kota damansara.

Masuk : Percuma
Pendakian : 1.30 – 2 jam
Lokasi : Denai 3 Puteri, Damansara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.