Senarai Gaji Perdana Menteri, TPM dan Menteri Yang Korang Tak Tahu





Senarai Gaji Perdana Menteri, TPM dan Menteri Yang Korang Tak Tahu. Pasti ramai yang tertanya tanya berapa gaji yang diterima oleh pegawai2 tinggi terutamanya perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri yang bertugas untuk kerajaan. Berikut merupakan senarai gaji yang diketahui.

Senarai Gaji Perdana Menteri, TPM dan Menteri Yang Korang Tak Tahu

Beberapa hari lepas telah diumumkan bahawa jemaah menteri bersetuju untuk gaji mereka dikurangkan sebanyak 10% berikutan keadaan kewangan dan hutang negara. Semoga Malaysia terus maju dan berjaya insyallah.

Berikut Merupakan Senarai Gaji Menteri
Perdana Menteri : RM 22,826.65 Sebulan
Tim. Perdana Menteri : RM 18, 168.15

Nota : Tiada maklumat mengenai elaun dan faedah lain.

Pendapatan bulanan Menteri Penuh termasuk Ketua Menteri
Gaji Pokok : RM 18,000
Elaun Keraian : RM10,500
Elaun Perumahan : RM10,800 (jika menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)

Elaun Wakil Rakyat : RM 10,650
Elaun Tempat Letak Kenderaan : RM5,700

Bercuti ke luar negara : Perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan untuk sekali setahun termasuklah tiket penerbangan, hotel dan duit poket sebanyak RM50,000. Wang RM50,000 boleh dituntut tanpa resit jika menteri tersebut tidak bercuti ke luar negara.

Bil Percuma : Pegawai tertinggi negara tidak perlu membayar bil-bil kerana ia ditanggung oleh kerajaan. Antara bil-bil tersebut termasuklah bil elektrik, bil air dan bil telefon.

Perhiasan rumah : Wang sebanyak RM40,000 boleh dituntut sekali setahun bagi perkakasan dapur atau perhiasan rumah.

Kenderaan Rasmi : juga dibekalkan sebuah kereta dan seorang pemandu termasuk minyak percuma.

Derma : Terdapat peruntukan bagi segala pemberian derma termasuklah kepada badan-badan kebajikan, majlis perkahwinan atau kematian.

Elaun rumah terbuka : Setiap tahun, elaun rumah terbuka boleh dituntut dengan segala perbelanjaan menganjurkan rumah terbuka ditanggung kerajaan.

Sumber : Kosmo 24 mei 18

Lihat senarai penuh Menteri Kabinet Pakatan Harapan 2018

Bagi Pendapatan Bulanan dan Pengisytiharan Harta Bagi Ahli Parlimen Kerajaan dan Anggota Pentadbiran anda boleh melihat di

Portal Perisytiharan Harta oleh SPRM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.