Live Sinopsis Sejuta Rasa Buat Adelia





Live Sinopsis Sejuta Rasa Buat Adelia. Drama Live Sinopsis Sejuta Rasa Buat Adelia merupakan drama adabtasi novel Ulam Kasih Sambal Cinta hasil tulisan Norzailina Nordin akan ditayangkan tidak lama lagi hanya di Asrto Ria 104 dan Astro Ria HD 123 yang akan dilakonkan oleh Daiyantrisha, Aliff Aziz, Elvina Mohamad dan ramai lagi.

Live Sinopsis Sejuta Rasa Buat Adelia

aliff aziz sejuta rasa buat adeliaSINOPSIS Sejuta Rasa Buat Adelia. Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi… perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.