Lelaki Banyak Hormon Seks Lebih Gemar Barangan Jenama Mewah





Lelaki Banyak Hormon Seks Lebih Gemar Barangan Jenama Mewah. Lelaki yang memiliki lebih banyak testosteron didapati lebih mengemari barangan mewah seperti jam tangan rolex atau baju armani.

Lelaki Banyak Hormon Seks Lebih Gemar Barangan Jenama Mewah

jam mewah
gambar hiasan – kredit : bp-guide.id

Penyelidikan terbaharu yang dijalankan mendapati hormon seks itu membuatkan lelaki mahu memiliki barangan berjenama mahal sebagai lambang status dan kuasa bagi membantu mereka mendapatkan pasangan.

Kajian itu adalah yang pertama menunjukkan bahawa testosteron mempunyai pengaruh yang kuat kepada manusia sama ada mereka lebih sukakan barangan yang berkualiti atau produk berjenama.

Kajian berkenaan dikendalikan oleh sepasukan penyelidik antarabangsa di Amerika Syarikat. Hasil kajian yang dijalankan mendapati mereka yang diberikan hormon testosteron berasaskan gel kulit lebih mengemari barangan berjenama mewah.

Tahap testosteron bagaimanapun tidak meningkatkan peluang seseorang itu memilih produk yang dianggap sebagai berkualiti.

kredit : Kosmo 8 Julai 18

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.