Jangan dongak kepala ketika pendarahan hidung kata doktor ini





Jangan dongak kepala ketika pendarahan hidung kata doktor ini. Pasti ramai yang pernah mengalami pendarahan pada hidung dan selalunya kita akan panik dan terus mendongakkan kepala bagi mengelakkan darah dari terus mengalir TAPI sebaliknya yang perlu dilakukan kata doktor Ezairy M. Sallih.

Jangan dongak kepala ketika pendarahan hidung kata doktor ini

Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.

Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.

  1. Pendarahan hidung berhenti.
  2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.

Oleh itu, beberapa langkah perlu dan MESTI dilakukan apabila pendarahan hidung berlaku.

  1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
  2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!
  3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
  4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
  5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
  6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.

Sila #kongsi tulisan ini kepada mereka yang anda sayang. Moga ia bermanfaat.

kredit : Dr Ezairy M.Sallih

Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.